Epocrates Online

Wednesday, August 31, 2005

Salam hari kemerdekaan!

Sempena hari kemerdekaan ini, saya ingin mengucap selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua kawan-kawan dan pembaca belog ini.

Kita telah mencapai kemerdekaan 48 tahun dan Malaysia kita ditubuhkan selama 42 tahun. Tempoh empat puluhan ini dianggap saya cukup untuk rakyat-rakyat keseluruhan atau pun sekurang-kurangnya bagi majoriti rakyat mencapai kematangan yang membolehkan kita mencapai wawasan 'Malaysia for Malaysian'. Anggaplah kita semua sebagai Malaysian dan ketepikan jurang-jurang perkauman.

Sedihnya kita belajar dari sejarah bahawa penjajah Ingeris memisahkan kaum-kaum di tanah yang bertuah ini mengikut sektor ekonomi yang dirancangkan oleh mereka demi kepentingan Ingeris. Malahnya lagi sedih selepas kita mencapai kemerdekaan selama 48 tahun ini, kebanyakan 'tokoh-tokoh' politik kita yang sedia ada masih memainkan dan memperjuangkan isu-isu dan unsur-unsur perkauman pada era globalisasi ini.

Wahai 'tokohtokoh', bilakah tuan-tuan akan berhenti memperbodohkan rakyat? Berusahalah untuk Malaysia yang maju dan harmoni demi rakyat malaysia serata-rata.

Sekian. Selamat maju jaya dan selamat sejahtera.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

counter create hit